Sunday, 22 April 2012

Penguat Kendalian

Penguat Kendalian (Operational Amplifier)


Penguat kendalian (Operational Amplifier atau Op-Amp) adalah penguat yang boleh menguatkan voltan arus terus dan arus ulang-alik. Penguat ini mempunyai gandaan yang tinggi sesuai untuk pelbagai kegunaan. Ia terdiri daripada komponen seperti perintang, pemuat dan transistor yang disepadukan di atas satu cip silicon. 
Rajah 1 : Penguat Kendalian 741


Binaan penguat kendalian
Penguat kendalian boleh didapati dalam 4 bentuk iaitu bulat, segiempat rata, pakej dual in line dan pakej mini dual in line. 

                              
Rajah 2: Binaan penguat kendalian



Simbol penguat kendalian
Penguat kendalian mempunyai dua masukan dan satu keluaran
                         
Rajah 3: Simbol penguat kendalian


 Tatarajah kaki penguat kendalian

                        
Rajah 4: Tatarajah kaki penguat kendalian



Jenis litar penguat kendalian


 a. Penguat menyongsang                       
                                  
 Rajah 5: Penguat menyongsang
  • Fasa isyarat keluaran diterbalikkan 180° berbanding dengan isyarat masukan
  • Isyarat masukan menyongsang dibekalkan melalui perintang R1
  • Perintang Rs menyalurkan voltan keluaran Vk ke masukan menyongsang (-)
  • Rumus:
                                                                    
                                                                

b. Penguat tak menyongsang
                             


  • Isyarat yang dibekalkan pada masukan tak menyongsang (+) tidak akan disongsangkan atau diterbalikkan fasanya pada keluaran -- isyarat masukan dan keluaran sefasa
  • Rumus
                                                                    
                                                            

Slaid Powerpoint
Sumber: www. slideshare.net




op-amp inverting mode set up from Colin Stewart on Vimeo.